Your Cart

cartisempty

Subtotal
MYR 0
Shipping, taxes, and discounts will be calculated at checkout.
TENTANG KAMI

Prosurv Resources ialah sebuah syarikat milikan bumiputera yang diasaskan oleh dua beradik, Armeira Atilla dan Armeilia Atilla, yang berjiwa usahawan dan berwawasan tinggi. Ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2021 semasa negara dilanda Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), syarikat ini bermula dengan penghasilan dan penjualan bahan kisar jenama Neksom yang digunakan secara meluas dalam masakan tempatan.

Melihat kepada keperluan pasaran yang dinamik serta perubahan gaya hidup pengguna, kami mengambil langkah berani untuk menukar fokus perniagaan pada tahun 2023 kepada pengeluaran dan pemasaran produk snek kerepek jenama Neksom, yang merangkumi produk seperti:

  • Kerepek Dhall
  • Kerepek Bika
  • Kerepek Onion Ring

Setiap produk kami ditawarkan dalam tiga perisa moden dan digemari ramai iaitu Cheese Masin, Salted Egg, dan Korean Spicy – gabungan rasa tradisional dengan cita rasa moden yang menepati selera rakyat Malaysia.


Perjalanan Kami

Bermula dari dapur kecil di rumah, Prosurv Resources kini telah berkembang dan berjaya menembusi pelbagai saluran pengedaran runcit utama seperti:

  • AEON CO. – 15 cawangan di Lembah Klang, Perak, Melaka dan Johor sejak 2023
  • AEON MaxValu – Bangsar & Danga Bay sejak 2024
  • ST Rosyam Mart – Klang & Senawang sejak Mac 2025
  • Family Mart – 60 outlet di seluruh Semenanjung Malaysia mulai Jun 2025

Misi Kami

Misi kami adalah untuk mengangkat snek tempatan ke peringkat nasional dan antarabangsa melalui penggunaan teknologi digital, penjenamaan kreatif, dan saluran pengedaran strategik. Kami percaya bahawa produk Malaysia mampu bersaing di pasaran global jika digabungkan dengan inovasi dan semangat keusahawanan.


Komitmen Kami

Kami komited dalam menghasilkan snek berkualiti tinggi yang:

  • Halal, bersih, dan selamat
  • Menggunakan ramuan terbaik tempatan
  • Dihasilkan secara profesional dan konsisten

Selain itu, kami turut memperkenalkan pembelian secara pukal untuk kegunaan majlis, hamper korporat, dan goodies bersempena musim perayaan dan acara khas – bagi memenuhi keperluan pelbagai segmen pelanggan.


Kenapa Neksom?

Nama "Neksom" membawa maksud Next Generation of Homemade Snack – lambang kesinambungan warisan makanan tempatan yang dibawa ke tahap yang lebih moden dan berdaya saing.


Kami percaya bahawa kejayaan bukan hanya terletak pada keuntungan, tetapi juga dalam pemberdayaan wanita, kualiti produk, dan kepuasan pelanggan. Dengan semangat dan keazaman dua beradik ini, Prosurv Resources beriltizam untuk menjadi jenama snek Malaysia yang dipercayai, digemari dan dihormati – di dalam dan luar negara.